Free Essay

Tamadun

In: Historical Events

Submitted By soonyenvon
Words 1535
Pages 7
Perkataan tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Berbagai-bagai definisi dan takrifan telah diberikan kepada perkataan tamadun mengikut aliran dan bidang.
Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan masyarakat Barat dan Islam
- Masyarakat barat : pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran
- Menurut Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun dalam masyarakat
- Menurut Darcy Riberio dan R.A. Buchanan : menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun
- Menurut Islam : tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat
- Menurut Syed Naquib al-Attas : tamadun ialah pencapaian tahap tata susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
- Menurut Richard Sullivan : unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
- Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral

Perkataan tamadun, mengikut Ghazali Basri (1984) merupakan perkataan kata kerja maddana yang bererti membina atau mengasas sesebuah bandar. Dan perkataan maddana ini juga didapati beberapa istilah terbitan yang masing-masing memperlengkap pengertian di antara satu sama lain, umpamanya; 'Madinah' bererti bandar. Dalam konteks ini Madinah bererti kebudayaan yang tinggi nilainya dan istilah tamadun sendiri memberi erti civilization. Penukaran nama ’Yathrib’ kepada ’Madinah’ oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah membawa pengertian bandar. Bahkan konsep bandar tersebut mempunyai pengertian yang lebih luas iaitu merujuk kepada pembangunan manusia daripada aspek akhlak dan tatasusila kemanusiaan dalam segenap lapangan hidup setelah mereka menerima Islam. Kata kerja maddana ini juga mempunyai hubungan dengan istilah ad-din yang digunakan untuk agama Islam. Ad-din al-Islam (agama Islam) itu sendiri menggambarkan kepada kita tentang konsep tamadun, sebabnya di dalam ad-din al-Islam itu terkandung sistem kehidupan yang lengkap. Dalam konteks Islam, pengertian tamadun adalah dilihat dari segi pembinaan akhlak dan tatasusila manusia yang bersifat kualitatif.

Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad.Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria. Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon. Babylon pula dibahagikan kepada dua kawasan,iaitu Akkad di utara Sumeria dan di selatan.

Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengairan air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk,
Ur, Eridu, Asur dan Mari. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.
Sumeria
Perkataan Sumeria berasal daripada nama kuno yang merujuk pada wilayah di selatan Iraq, iaitu Sumer. Pada peringkat awal, kawasan ini didiami oleh tiga kumpulan etnik, iaitu orang Sumitik, dan orang yang tidak diketahui asal usul keturunannya tetapi bilangan mereka ini adalah kecil.

Ciri-ciri :-
a) Pembentukan Bandar
Kira-kira pada tahun 4,500 SM, orang-orang Sumeria menetap di Dataran Shinar. Tanah di dataran ini amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Dengan adanya kegiatan pertanian, satu perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates mula wujud. Beberapa buah negara kota yang makmur dibina, antaranya Ur, Urech dan Kish. Setiap negara kota mempunyai sebuah bandaraya dan tanah yang luas di sekelilingnya. Setiap negara kota diperintah oleh seseorang pemerintahnya sendiri atau seorang paderi yang dikenali sebagai patesi. Katanya terletak di tebing terusan dan sungai berhadapan dengan hutan yang mempunyai banyak hasil hutan. Setiap negara kota ini juga mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri. Pemerintahnya juga membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga ladang-ladang di sekelilingnya. Pemerintah ini juga membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan untuk memberi perlindungan kepada penduduknya.

b) Pembentukan Kerajaan
Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan sentiasa berlakunya penukaran pemerintah, kemusnahan negara kota dan keruntuhan Tamadun Sumeria. Kira-kira pada tahun 2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini. Baginda meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut Mediterranean. Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang Amorotes menyerang Mesopotamia dan menawan Babylon. Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan termasyhur di bawah pemerintahan Hammurabi. Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini diserang oleh Kerajaan Assyria. Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru. Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus) menyerang dan menawan negara-negara kota Mesopotamia.

c) Wujudnya Organisasi Sosial
Golongan pendeta dan raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai Amelu. Golongan saudagar dan peniaga atau dikenali sebagai Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan. Seterusnya, golongan petani dan artisan pula menduduki lapisan yang ketiga di mana amalan pengkhususan kerja paling jelas dilihat. Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba. Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu dua kali ganda daripada hukuman biasa atas bangsawan.

d) Perkembangan Teknologi
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju dibina untuk mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai penghalang angin. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda. Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu.

e) Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada kewujudan pengkhususan kerja. Raja berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda berkuasa mutlak dalam pengurusan segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga merupakan ketua tentera dan sebagainya. Golongan pendeta pula bertugas menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung terlibat dalam penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan artisan pula bertugas membuat roda, tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang akhir sekali, iaitu hamba abdi bertugas untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima gaji.

f) Wujudnya Kepercayaan
Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun ke bumi dari langit untuk melindungi negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria menganggap dewadewi menentukan kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila berlaku bencana ini, berertilah dewa-dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas rakyat. Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran.
g) Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudian, tulisan ini dipermudahkan ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah liat. Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku. Bentuk tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan menggunakan tulisan cuneiform, orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria

F1 Undang-Undang Hammurabi

H1a. Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
H1b. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
H1c. Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
H1d. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.
H1e. Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
H1f. Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat ifu sendiri.
H1g. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.
H1h. Kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M

F3 Ilmu Astronomi

H3a. Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.
H3b. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistern mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.…...

Similar Documents

Free Essay

Jatuh Bangun Sesebuah Tamadun

...JATUH BANGUN SESEBUAH TAMADUN Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 1.01 Objektif 2.0 Faktor-faktor kemunculan dan perkembangan tamadun * Kedudukan strategik * Ransangan keagamaan * Penghayatan moral dan nilai murni yang tinggi * Politk * Ekonomi * Kesengsaraan hidup * Perilaku dan kebudayaan yang tinggi * Toleransi dengan tamadun lain 3.0 Faktor-faktor kejatuhan tamadun * Ketidakadilan dan jurang perbezaan * Keruntuhan moral dan nilai masyarakat * Wujud sikap tertutup * Penindasan dan kezaliman * Malapetaka dan bencana alam 4.0 Pengajaran dan Penutup 4.01 Rujukan 5.0 Laporan 1.0 Pengenalan Perkataan tamadun berasal daripada perkataan arab “tamaddun”, “madinah”,dan “madaniyah” yg bermaksud bandar. Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 Masihi melalui kitabnya “Mukaddimah”. Sejarah merupakan asas kepada pengajian ketamadunan. Nmun begitu,terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Secara asasnya, pengajian ketamadunan membincangkan tentang teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak. Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran atau ringkasnya kajian tentang masa lampau.(sumber: Osman Bakar,Tamadun Islam dan Tamadun Asia) Namun, apa......

Words: 5500 - Pages: 22

Free Essay

Ciri Ciri Tamadun Asas

...merupakan maklumat tentang ciri-ciri asas tamadun. Ciri-ciri Asas Tamadun * Wujud
penempatan
masyarakat
dan ruang lingkup geografi di
sesebuah
kawasan
atau
di
beberapa
buah
kawasan
yang
disatukan
untuk
membentuk
bandar * Konteks moden “Negara”. * Petempatan kecil (kaw strategic)- Bandar/pekan maju - menjadi negeri - wilayah - Negara. * Petempatan awal terdiri daripada kampong yang didirikan berhampiran sungai.Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal. * Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, keagamaan, pendidikan dan perindustrian * Peningkatan kualiti kehidupan
ke
arah
yang
lebih
positif
dan
sempurna * Factor dalaman: pertambahan penduduk, penemuan baru, perselisihan dalam masyarakat, pemberontakan baru, perselisihan dalam masyarakat, revolusi dalam masyarakat. * Factor luaran: lingkungan alam sekitar, peperangan,pengaruh budaya masyarakat lain, perpindahan agamapengaruh budaya masyarakat lain, perpindahan agama. * Kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi * Cth : Mesir – pyramid * China – dakwat & kertasChina * ilmu pengetahuan pelbagai bidang * Wujud
bahasa
serumpun
dan
sistem
tulisan
tersendiri. * Tamadun
lain
yang
terhampir
–
Tamadun
Melayu
juga
bersumberkan Tamadun
Hindu,
China
&
Jawa.
Tamadun
Islam
juga
giat
menterjemahkan
karya‐karya
saintifik
dari
Tamadun
lain
ke
dalam
bahasa
Arab. *......

Words: 511 - Pages: 3

Free Essay

Sejarah

...Kemunculan Tamadun Awal Manusia Pengertian tamadun : * Mudun, madain, madana ( Bahasa Arab ) Bermaksud : Ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar * Civilization ( Bahasa Inggeris ) Berasal daripada perkataan Greek, civitas yang bermaksud bandar. Konsep tamadun menurut barat : Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang kesenian, dan perbandaran. Konsep tamadun menurut Islam : Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Pendapat-pendapat tokoh berkenaan tamadun. Gordon Childe : Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A Buchanan : Menolak unsur rohani sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah sahaja. Syed Naquib al-Attas : Tamadun ialah pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Richard Sullivan : Mengakui unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Tamadun Mesopotamia. * Tamadun terawal yang muncul di sekitar Sg. Tigris dan Sg. Euphrates. * Juga disebut tamadun Sumeria. * Perkataan Mesopotamia berasal dari perkataan Yunani bermaksud tanah di Antara dua sungai. * Sungai Tigris dan Sungai Euphrates mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah di Iraq hingga Teluk Parsi di bahagian selatan. * Antara kerajaan Mesopotamia yang terkenal termasuklah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassites, Assyria dan Chaldea. Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada...

Words: 615 - Pages: 3

Free Essay

Titas

...seperti aqidah,syariah dan akhlak? Sila sokong hujah anda dengan contoh dan peristiwa yang sesuai [ 8m] Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh Allah S.w.T melalui perantaraan nabi Muhammad S.A.W. Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek hidup manusia . Pengertian islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T patuh dan tunduk kepada Allah serta berimandengan ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan Allah S.W.T . Islam merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak yang semuanya telah dihuraikan oleh Rasullullah S.A.W semasa hayat baginda dan di ikuti oleh para sahabat serta umat islam. Islam berhubungkait dengan unsur-unsur keagamaan seperti akidah, syariah dan akhlak kerana ianya merupakan asas tamadun islam. Akidah merupakan dasar terpenting dalam islam. Akidah dalam islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa seorang muslim. Asas-asas akidah islam terbahagi kepada enam perkara iaitu Beriman kepada Allah S.W.T, beriman kepada Malaikat, Beriman kepada Kitab-kitab, beriman kepada Rasul-rasul beriman kepada Hari akhirat dan beriman kepada Qadha’ dan Qadar. Akidah islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah Yang Maha Esa dan keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah lakunya percakapannya dan gerak gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Akidah islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan.......

Words: 905 - Pages: 4

Premium Essay

Tamadun Islam

...ST. HRM PRESENTED TO: PROF: SOHAIL SALEEM PRESENTED BY: ADEEBA ASLAM SUNNA AHMED HIRRA PERVAIZ MCDONALD’S CORPORATE PROFILE McDonald's is the world's leading fast-food company by sales, with about 32,000 restaurants serving burgers and fries in about 120 countries. (There are nearly 14,000 Golden Arches locations in the US.) The popular chain is well-known for its Big Macs, Quarter Pounders, and Chicken McNuggets. Most of its outlets are free-standing units, but McDonald's also has many units located in airports and retail areas. PRODUCTS McDonald's is proud to offer a wide variety of high-quality, great tasting menu options. The restaurants offer substantially uniform menu consisting of hamburgers and cheeseburgers. The menu includes the following Big Mac Quarter Pounder with Cheese Filet-O-Fish Several chicken sandwiches French fries Chicken Mc Nuggets Salads Low-fat shakes, Mc Flurries Sundaes. Cones Pies Cookies Soft drinks as well as other beverages COMPETITION McDonald’s restaurants compete with international, national, regional and local retailers of food products. McDonald’s competes on the basis of: • Price • Convenience • Service, by offering quality food products. Its competitors include: • • • • • Burger King Wendy’s Hardees Taco bell and KFC ORGANIZATIONAL ANALYSIS       EXTERNAL ENVIRONMENT POLITICAL ECONOMICS SOCIAL/CULTURAL TECHNOLOGY LEGAL ENVIRONMENT • • • • • • • SWOT FRAMEWORK ANALYSIS STRENGTHS Leader in the Quick Service Sandwich......

Words: 1670 - Pages: 7

Free Essay

Sumbangan Pendidikan Dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa : Perspektif Islam

...SUMBANGAN PENDIDIKAN DALAM MEMPERKASAKAN TAMADUN BANGSA : PERSPEKTIF ISLAM Berdasarkan jurnal Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam karya Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf, pendidikan adalah aspek yang boleh membentuk nilai-nilai moral dan mampu juga membangkit kemusyikilan dalam kalangan masyarakat. Hal ini berbeza dalam pendidikan Islam, kewujudan kitab-kitab suci seperti Al-Quran, Al-Sunnah dan Hadith bukan digunakan untuk keimanan sahaja tetapi untuk mendidik dan memupuk kepentingan ilmu pengetahuan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan dari perspektif Islam merupakan sesuatu ajaran yang luas skopnya, bersifat holistik, dan tidak sememangnya tegar atau sempit ajarannya yang difahami oleh sesetengah orang. Tambahan pula, pengajaran pendidikan Islam juga bertujuan untuk memantapkan pemikiran dan pandangan seseorang individu terhadap ajarannya serta akhlak masyarakat berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Jika umat Islam gagal menerapkan pendidikan Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka umat Islam tersebut mampu terjebak dalam lembah kehinaan. Jurnal ini juga telah memberi beberapa konsep,falsafah dan objektif pendidikan Islam. Antaranya ialah, pendidikan Islam adalah pendidikan yang falsafah dan tujuan serta teori-teorinya dibangun untuk melaksanakan praktik pendidikan yang didasarkan kepada nilai-nilai Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Nabi (H.M Chabib Thoha, 1996:3). Jika ditelusuri,......

Words: 743 - Pages: 3

Free Essay

Hubungan Antara China Dengan Melayu Di Malaysia Dari Aspek Ekonomi Dan Politik

...hanya kepada Kerajaan China dengan harga yang menguntungkan Melaka, dan perdagangan awam dalam kalangan masyarakat umum. Dalam Tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan­pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi Tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya. Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen),......

Words: 1177 - Pages: 5

Free Essay

Tamadun Islam

...2. Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun kecuali: A Hayat penghidupan stabil yang panjang. B Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan dan meningkatnya penciptaan sains dan teknologi. C Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan anggota masyarakatnya. D Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur dan sistematik. 3. Tamadun manusia secara tipologi dibahagikan kepada 4 ciri, pilih 4 ciri yang dimaksudkan:. I Tamadun Mistik. II Tamadun Intelektual. III Tamadun Materialistik. IV Tamadun berasaskan wahyu. A I, II dan III. B I, II dan IV. C I, III dan IV. D Semua di atas. 4. Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan sebagai: A Toleransi peradaban. B Pertemuan peradaban. C Interaksi antara peradaban. D Pertembungan peradaban (the clash of civilization). 5. Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun? I Kesengsaraan hidup. II Kemenangan di dalam peperangan. III Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni. IV Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu. A I, II dan III. B I, II dan IV. C I, III dan IV. D Semua di atas. 6. Salah satu daripada kenyataan berikut bukan merupakan sifat-sifat utama sesebuah tamadun. A Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang...

Words: 498 - Pages: 2

Free Essay

Titas

...Pendahuluan Tamadun awal dunia terbentuk di lembah sungai seperti Sungai Tigris dan Euphrates, Sungai Nil dan Sungai Indus tetapi hal ini berbeza daripada kemunculan tamadun Islam. Kemunculan tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang, iaitu di Hijaz. Justeru, pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di samping merupakan anugerah Allah kepada umat manusia. Terdapat tiga buah kota di Hijaz, iaitu Makkah, Madinah dan Taif. Terdapat tiga aspek penting dalam Tamadun Islam, iaitu aspek manusia, aspek masyarakat dan aspek sejarah. Ibn Khaldun menjelaskan Tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asas kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tamadun Islam terikat dengan beberapa perkara penting yang menjadi asas pembinaan tamadun. Antaranya ialah akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Empat asas ini dikuti dengan asas keadilan, semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama sebagai pra-syarat Tamadun Islam. (Mahyudin Hj.Yahya :1998:15). Asas-asas ini menjadikan Tamadun Islam tetap unggul walaupun tidak terbina di atas tapak sejarah awal Islam iaitu di Semenajung Tanah Arab, khususnya di bumi Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah. Imam Malik berkata, “Ilmu itu adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan......

Words: 277 - Pages: 2

Premium Essay

Titas

...Oct. 2015]. Azhar Hj. Mad Aros., (2004). Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Chung, E. (2015). Land Developer Who Demolished 1,200-Year-Old Candi Agrees To Rebuild It. [online] SAYS.com. Available at: http://says.com/my/news/lembah-bujang-historical-site-candi-temple-destroyed-demolition-kedah [Accessed 24 Oct. 2015]. Dusuki bin Haji Ahmad, (1974). Ikhtisar perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Harjin, s. (2015). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia: 1 - Konsep Tamadun Islam. [online] Ctu551az.blogspot.co.uk. Available at: http://ctu551az.blogspot.co.uk/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.html?m=1 [Accessed 24 Oct. 2015]. Harun, S., Harun, S. and profile, V. (2009). KOTA-CITY: WARISAN KOTA & PERBANDARAN MELAYU. [online] Kota-city.blogspot.my. Available at: http://kota-city.blogspot.my/2009/08/warisan-kota-perbandaran-melayu.html [Accessed 24 Oct. 2015]. Ismail Hamid., (1985). Peradaban Melayu dan Islam. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Mohd. Basri, A. (2015). KBSM Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks. Mumford, L. (1961). The city in history. New York: Harcourt, Brace & World. Nik Abdul Rahman, N., Ibrahim, M., Ahmad, M. and Sulaiman, R. (2010). KBSM Sejarah Tingkatan 4 Buku Teks. Osman Bakar., Azizan Haji Baharuddin., and Zaid Ahmad., (2009). Modul pengajian tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. PY, W. (2015). BAB 3- TAMADUN MELAYU. [online] Academia.edu.......

Words: 427 - Pages: 2

Free Essay

Tamadun Islam

...TAMADUN ISLAM : MASALAH, IKTIBAR DAN CADANGAN. Meskipun sesuatu tamadun itu mampu menguasai dunia dan melalui zaman kegemilangan, namun masih terdapat kemungkinan tamadun tersebut mengalami zaman kejatuhan. Tamadun Islam terkenal dengan kecemerlangan pentadbirannya, namun ia mengalami zaman kemunduran disebabkan beberapa masalah yang melanda. Antara faktor-faktor umum kejatuhan : 1. Kelemahan pucuk pimpinan. Kegemilangan tamadun Islam sebenarnya berdasarkan oleh umara (pemerintah) dan ulama (ilmuwan). Namun, kejatuhan tamadun Islam juga disebabkan oleh kerakusan umara (pemerintah) yang bertindak memperalatkan ulama (ilmuwan) demi kepentingan peribadi. 2. Perebutan kuasa kerana kebanyakan pemimpin mewariskan tampuk pimpinan kepada anak atau ahli keluarga. Ini menyebabkan pengganti yang seterusnya kurang layak untuk memimpin masyarakat pada ketika itu. Apabila pemimpin meninggal dunia, berlaku pertelagahan berkenaan siapa yang layak menjadi pengganti sehingga meyebabkan perebutan yang menjejaskan kerajaan Islam. Pemimpin sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa kekal di tangan mereka. 3. Sikap lupa diri dalam kalangan pembesar. Bermula sikap lupa diri seperti suka bermewah-mewah, minum minuman keras, perempuan dan berhibur sehingga menimbulkan perselisihan dalam kalangan pemimpin dan pembesar. 4. Sistem pentadbiran dan ekonomi yang lemah. Pada penghujung pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah mereka terpaksa menanggung hutang yang......

Words: 1459 - Pages: 6

Free Essay

Pengaruh Tamadun Islam Keatas Masyarakat Eropah

...[pic] FACULTY OF ECONOMY AND MANAGEMENT COURSE CODE : SKP 2203 COURSE NAME : TAMADUN ISLAM & ASIA PROGRAM NAME : BBA DATE : 12 APRIL 2014 SEMESTER 1 TRISEMESTER 3 ASSIGNMENT SUBMITTED BY : 1. MAR BINTI MOHD NASIR EX03032 2. NURUL IZATI BINTI HAMZAH EX03027 3. NURUL AMALINA `ADANI BINTI MOHAMMAD EX03035 4. MOHD FIRDHAUS BIN SHAHARIM EX03057 5. MOHAMED AL-GADHAFEE ABDUL RAHIM EX03059 SUBMITTED TO : DR ARFAH AB. MAJID PENDAHULUAN Setiap tamadun mengalami graf kelahiran, kebangkitan, klimaks dan kejatuhannya tersendiri. Zaman kemunduran yang mereka alami tidak bermakna tiada tindakan susulan yang diambil. Ia bagaikan sebuah kitaran hidup di mana setiap kejayaan akan berakhir dengan kejatuhan dan mereka akan bangkit semula daripada kejatuhan dan akhirnya kemajuan dapat dikecapi semula. Begitu juga dengan sejarah Zaman Kegelapan Barat, di mana kemajuan Tamadun Islam merupakan titik tolak kemunculan semula kejayaan mereka. Berikut merupakan pengaruh dan sumbangan Tamadun Islam terhadap kebangkitan Zaman Kegelapan Barat. PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN BARAT 1) Faktor Islam itu sendiri Keadaan masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam mempunyai persamaan dengan keadaan masyarakat Eropah pada zaman kemunduran mereka. Kezaliman politik, kejatuhan ekonomi, dan kesengsaraan rakyat merupakan persamaan yang sangat jelas jika dibandingkan secara keseluruhannya. Islam amat mementingkan......

Words: 700 - Pages: 3

Free Essay

Tamadun China

...atau dikenali sebagai bangsa Tionghua. Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali sebagai nama bangsa Hua Xia, kemudian bertukar nama kepada bangsa Han semasa Dinasti Han dan bangsa Tang semasa Dinasti Tang. Gabungan lima kaum Zhong Hua Min Zu iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan Zang. Bagi mentakrifkan konsep Negara dalam tamadun China, negara dikenali sebagai Zhong Guo atau Tiongkok yang memberi maksud iaitu ‘Negara Tengah”. Konsep Zhong Hua atau Tionghua merupakan gabungan dari istilah Zhong Guo dan Hua Xia yang merujuk kepada wilayah tanah jajahan pemerintahan dinasti Cina iaitu Han yang mengamalkan budaya Zhong Yen. Konsep Min Zu pula merujukkan kepada pelbagai jenis bangsa seperti bangsa Cina, Hua Xia, Han, Tang dan Hui kerana pembentukan bangsa Cina berlandas kepada lima kumpulan bangsa. Konsep Negara merujuk kepada semangat untuk ‘mengkeluargakan’ atau menggabungkan semua unit-unit kecil kenegaraan iaitu gabungan Guo yang bermaksud Negara dengan Jia yang bermaksud keluarga. Dalam tamadun China, bangsa Cina amat menyakinkan bahawa mempunyai sebuah negara barulah mempunyai sebuah keluarga. Bagi asas sistem kenegaraan dan sistem kekeluargaan dalam tamadun ini adalah Zhong dan Xiao. Konsep Zhong memberi maksud taat dan konsep ini merupakan asas dalam sistem kenegaraan. Konsep Zhong ini juga bermaksud taat kepada Negara dengan melakukan sesuatu kerja sedaya upaya dan sebaik mungkin yang memanfaatkan kepentingan Negara dan tidak memudaratkan serta tidak mengkhianati......

Words: 338 - Pages: 2

Free Essay

Werew

...suka berperang | Dalam Tamadun Cina, dinasti manakah yang memerintah dalam Zaman Peralihan? | A. | Dinasti Chou Barat, Dinasti Chou Timur dan Dinasti Song. | | B. | Dinasti Hsia, Dinasti Shang dan Dinasti Chou Barat. | | C. | Dinasti Song, Dinasti Ming dan Dinasti Manchu. | | D. | Dinasti Chin, Dinasti Han dan Dinasti Ming. | Berikut adalah falsafah yang terkandung dalam "100 Aliran Pemikiran" Tamadun China kecuali | A. | Taoisme | | B. | Legalisme | | C. | Konfuciusnisme | | D. | Animisme | Tamadun India dianggap sebagai tamadun tertua di dunia. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai tamadun ini? | A. | Orang Dravida mendiami bahagian Utara dan berbahasa Sanskrit. | | B. | Orang Indo Arya mengamalkan Sistem Jati dan Trivarna | | C. | Terbahagi kepada India Utara dan India Selatan | | D. | Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Indo Arya dan Dravida. | "Mengutamakan pemikiran sosio politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya".  Penyataan di atasa merujuk kepada salah satu falsafah dalam Tamadun China, iaitu | A. | Legalisme | | B. | Toisme | | C. | Konfusianisme | | D. | Moisme | Bangsa Cina digabungkan oleh lima kaum besar yang dikenali dengan nama _________. | A. | Zhonghua Minzu | | B. | Zhonghua Huaxia | | C. | Zhonghua Zhong. | | D. | Zhonghua Zang | Tamadun Melayu dibina hasil interaksi antara tamadun besar di dunia. Berikut adalah BUKAN tamadun besar yang menyumbang......

Words: 874 - Pages: 4

Free Essay

Divine Kingship

...Pemerintahan dan pentadbiran merupakan salah satu ciri politik yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat sejak kemunculan tamadun-tamadun awal dunia pada masa dahulu. Kebanyakan tamadun awal di dunia ini mengamalkan sistem pemerintahan beraja, iaitu sesebuah sistem pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak, yang sering mendakwa bahawa mereka menaiki takhta atas hak turun-temurun dan tidak tertakluk kepada kuasa parlimen atau institusi tertentu. Menurut Samsudin Abd Kadir, masyarakat di bawah corak pemerintahan ini memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah mereka. Tamadun Mesir dan tamadun Indus merupakan antara tamadun awal yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Dengan mengkaji corak pemerintahan beraja kedua-dua tamadun awal ini, kita dapat menilai konsep raja dari sudut pandangan rakyat dalam tamadun awal tersebut. Pemerintahan Beraja Tamadun Indus Tamadun Indus dipercayai wujud sekitar 2500 S.M di kawasan Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus. Tamadun awal ini merangkumi 60 buah kota dan antaranya Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan kota-kota besar yang terkenal. Kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk tamadun Indus termasuk pertanian, penternakan, perusahaan dan perdagangan. Dari segi agama dan kepercayaan, amalan pemujaan dewi ibu amat popular di kalangan masyarakat Indus. Patung-patung Dewi Ibu telah ditemui di sekitar Lembah Indus. Masyarakat Lembah Indus juga menyembah Dewa Brahma, Vishnu dan......

Words: 2164 - Pages: 9